Sunday, 16 October 2016

Bahaya dunia sukan permotoran: Aspek keselamatan diendahkan, maut menanti.

Sukan bermotor ataupun dalam Bahasa Inggeris dipanggil sebagai “motorsports” merupakan sebuah istilah global yang digunakan untuk merangkumi kelompok acara sukan kompetitif yang melibatkan penggunaan kenderaan bermotor.  Terdapat pihak yang menjadikan sukan ini semata-mata sebagai hobi, bermakna pihak tersebut tidak menyertai sebarang perlumbaan sukan bermotor.  Setengah pihak lagi memilih sukan bermotor sebagai suatu profesion dengan cara mereka menyertai perlumbaan sukan terbabit.

Pertandingan sukan permotoran bagi persaingan beroda empat (atau lebih) di peringkat global dikawal oleh Fédération Internationale de l'Automobile (FIA); dan Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM) mengawal persaingan beroda dua. Malaysia juga tidak terkecuali dalam menjadi tuan rumah bagi pertandingan tersebut.  Litar Antarabangsa Sepang ialah sebuah litar yang digunakan untuk perlumbaan Formula Satu, Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain di Malaysia.  Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 60 km di selatan ibu kota Kuala Lumpur.

Aspek keselamatan di peringkat antarabangsa dan Malaysia sendiri:

Sukan bermotor termasuk dalam kategori sukan ekstrem, menyebabkan aspek keselamatan amat dititikberatkan di dalam setiap acara tersebut.  Di peringkat antarbangsa, FIA Institute Research Programme menjalankan penyelidikan keselamatan bagi sukan ini.  Mereka menyebarkan hasil penyelidikan dan menyediakan maklumat yang terbaik bagi prosedur keselamatan, amalan serta teknologi yang boleh digunakan untuk keselamatan sukan bermotor. Penyelidikan meliputi elemen keselamatan penting seperti peralatan pemandu, reka bentuk kenderaan, perlindungan penonton, dan kemudahan perubatan.

Di negara ini, aspek keselamatan adalah mengikut peraturan yang digariskan bandan induk sukan bermotor iaitu Persatuan Automobil Malaysia (AAM).  Badan ini betanggungjawab memastikan semua aspek keselamatan dan peraturan dipenuhi sejajar dengan peraturan badan antarabangsa seperti FIA dan FIM.  Mereka mengambil kira kelamatan penonton, pelumba, pegaawai bertugas dan banyak lagi.  Dari segi persediaan mengadakan perlumbaan sukan bermotor, sebelum kebenaran diberikan oleh AAM, penganjur mestilah menjadi anggota bersekutu kepada badan berkenaan.  Badan induk itu akan menentukan semua aspek dipatuhi termasuk memastikan pegawai yang dihantar adalah berpengalaman, dan berapa ramai marsyal dan pos marsyal ditempatkan di sepanjang trek.

Nahas akibat pengabaian aspek keselamatan:

Niokoa Johnson berumur 15 tahun, apabila dia mendapat berjaya tempat dalam pertandingan perlumbaan auto buat pertama kalinya pada Mei 2016 di Ocala, Florida.  Pertandingan yang disertai oleh Niokoa merupakan perlumbaan trek pendek, sebuah pertandingan di peringkat agak rendah dalam dunia perlumbaan.  Selama beberapa hari, Niokoa berlatih di sekitar jalan di Central Florida. Pada petang perlumbaan, dia tiba awal untuk mengelilingi lubang-lubang Park Raceway Bubba, sebuah trek tanah yang dibina antara beberapa padang kuda.

Pada sesi latihan pusingan kedua, Niokoa tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh tembok konkrit, mengakibatkan kecederaan serius pada leher.  Dia dilaporkan tidak memakai kekangan kepala dan leher, dan peranti yang diperlukan seumpamanya seperti dalam mana-mana pertandingan Nascar.  Hal ini kerana perlumbaan trek pendek tidak mewajibkan peraturan berkenaan lebih-lebih lagi dalam sesi latihan.  Setelah seharian bergantung kepada alat sokongan hidup, Niokoa menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sebuah perlumbaan di Bubba Raceway Park. Credit:Melissa Lyttle for The New York Times

Banyak perlumbaaan trek pendek mengalami kesukaran untuk menarik peminat dan pemandu setiap minggu, dan pemilik trek mengatakan mereka tidak mempunyai sumber kewangan untuk mengendalikan protokol keselamatan yang ketat.  Bubba Raceway Park, di mana Niokoa Johnson meninggal dunia, tidak mempunyai ambulans di tapak berkenaan mahupun seorang paramedik yang mempunyai pengesahan dalam teknik menyelamatkan nyawa. "Pemilik tidak mementingkan keselamatan kerana orang tidak akan muncul," kata Richard Johnson, bapa kepada Niokoa.  "Ia tidak akan berubah melainkan jika berlaku lebih ramai kematian atau tanpa kuatkuasa oleh tampuk pemerintahan kerajaan negeri."

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai dua beranak terbunuh ketika menonton sebuah perlumbaan go-kart di Indera Mahkota.  Kemalangan 11.30 pagi di Jalan Sukpa Indera Mahkota di sini, itu dipercayai berpunca apabila salah sebuah go-kart terbabas selepas tiga buah kenderaan jenis berkenaan bergesel sesama sendiri.  Nahas ini mendapat perhatian ramai pihak dan isu keselamatan dibangkitkan kerana mereka berpendapat bahawa isu keselamatan diambil lekeh sewaktu perlumbaan go-kart tersebut berlansung.  Berita Astro Awani melaporkan rakyat Malaysia mempersoalkan ciri-ciri keselamatan dalam penganjuran perlumbaan go-kart yang menyebabkan dua beranak terbunuh.  Menerusi visual kejadian yang kini viral di media sosial, ramai pihak berkata penghadang plastik yang memisahkan antara laluan perlumbaan dan kawasan penonton seperti tidak diisikan dengan air untuk mengukuhkan lagi penghadang tersebut.  Ada juga yang berkata bahawa prosedur operasi standard (SOP) keselamatan tidak diikuti.

Masyarakat berkata penghadang plastik yang
memisahkan antara laluan perlumbaan dan
kawasan penonton tidak diisikan dengan air.
Kemalangan berkemungkinan tetap berlaku walaupun aspek keselamatan dipatuhi dan dipantau ketat seperti dalam kebanyakan perlumbaan NASCAR.  Namun begitu, keselamatan amat ditikberatkan bagi mengurangkan risiko berlakunya kejadian yang tidak diingini.  Maka, jikalau sekadar meletakkan penghadang plastik di tepi litar amat tidak mencukupi.  Pihak berkuasa diharap tidak membenarkan sebarang perlumbaan berlansung jika tiada surat kebenaran dari AAM.

No comments:

Post a Comment